KETIKNEWS.ID,-- Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Penyelidikan dan Teknologi Indonesia, Nadiem Makarim, menolak cadangan Malaysia untuk menjadikan bahasa Melayu, sebagai bahasa rasmi kedua blok ASEAN.
Menurut Nadiem Makarim, bahasa Indonesia pilihan lebih baik untuk digunakan sebagai bahasa utama bagi ASEAN kerana ia paling banyak digunakan di Asia Tenggara, dengan penggunaannya tersebar di lebih 47 negara.
Nadiem mengemukakan cadangan itu susulan cadangan Malaysia untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kedua blok ASEAN.
Baca Juga: Usai Putar Adzan Lebih Cepat, Stasiun Radio di Malaysia Minta Maaf
Katanya, bahasa Indonesia diajar secara meluas di banyak universiti termasuk di Eropah, Amerika Syarikat (AS), Australia dan beberapa negara Asia.
"Dengan segala kelebihan bahasa Indonesia, dari segi sejarah selain linguistik, dan bagaimana ia sudah diiktiraf di peringkat antarabangsa, saya percaya bahasa Indonesia lebih sesuai.
"Ini kerana bahasa Indonesia berada di hadapan sebagai perantaraan untuk mesyuarat rasmi ASEAN," katanya
Nadiem juga berkata, kementeriannya ditugaskan untuk mengembang, mempromosi dan melindungi bahasa serta sastera Indonesia, disamping meningkatkan fungsinya sebagai bahasa antarabangsa.
Baca Juga: Nadiem Lebih Pilih Bahasa Indonesia Jadi Bahasa Resmi ASEAN Ketimbang Bahasa Melayu
Artikel Terkait
Aktor Drama 'All of Us Are Dead' Park Solomon Ternyata Kuasai Tiga Bahasa
Ace Hasan Nilai Logo Halal yang Baru Asing Bagi yang Tidak Bisa Bahasa Arab
Cape Town, Kelas Bahasa Indonesia Bersama Yayan Ruhian
Usulkan Bahasa Melayu jadi Bahasa Kedua ASEAN, Tidak Semua Negara ASEAN Memakai Bahasa Inggris
Fakta Menarik Mengenai Lagu 'Fortune Cookie' yang Sedang Viral, Telah Diterjemahkan Dalam 7 Bahasa
Nadiem Lebih Pilih Bahasa Indonesia Jadi Bahasa Resmi ASEAN Ketimbang Bahasa Melayu